Mr Homestay Baling kedah
MR Homestay Baling berdekatan Pusat Rekreasi Air Panas Legong, expedisi pendakian Gunung Baling, Gua Jepun dan kedai makan masakan thai...
Sila hubungi 0135309193 @ 0134229193
utk tempahan.
Alamat : Lot 8665, Kg Tok Sonan Mukim Pulai,09100 Baling Kedah
Kenapa Memilih MR Homestay?
Homestay ini berdekatan dgn 6 Tempat paling ohsem di Baling
no 3 tu memang tak boleh blah
Dulu kalau sebut dok Baling, mesti orang gelak , senyum tak puas hati.. tapi la ni kalau sebut Baling orang still kerut dahi sebab dengaq banyak sangat tempat best.
.
Dalam banyak-banyak tempat best, Trivago Asia memilih 7 tempat ni sebagai Destinasi paling banyak dipilih untuk dilawati. Jom Tengok
#1 Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.
Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.
#2 Rafting/tubing (Rakit Pelampung)
Untuk mereka sukakan aktiviti luar yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua jam ja jika arus agak deras. dengar kata Level seperti Pattalung?
Untuk maklumat lanjut mengenai rafting/berkayak/mendaki gunung silalah ke www.kayakbaling.com . Mereka boleh membantu.
#3 Pekan Baling
Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.
Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.
Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang.
# 4 Gunung Baling
Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.
# 5 Gunung Pulai
Gunung Pulai terletak besebelahan dengan Gunung Baling dengan struktur gunung yang bercantum. Tempat memulakan pendakian Gunung Pulai beberapa kilometer dari pekan Baling.
# 6 Gua Jepun
Gua Jepun yang menyimpan banyak sejarah ini harus di lawati jika anda menjejakkan kaki ke Baling. Ianya terletak di kaki Gunung Baling dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pekan Baling.
Konsep military tourism (pelancongan tentera) akan diperkenalkan, khususnya yang melibatkan kawasan penemuan kubu komunis di hutan berdekatan. Kubu komunis yang terdapat di Weng juga akan dipromosikan setelah jalannya diturap hingga ke kawasan gua. Buat masa ini ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
Boleh Hubungi:
Sila hubungi 0135309193 @ 0134229193
utk tempahan.
Alamat : Lot 8665, Kg Tok Sonan Mukim Pulai,09100 Baling Kedah
No comments:
Post a Comment